Posts

Pangkor Island - Anjungan Beach Resort Dec 2016.

Image
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Kali ini pada 19hb December 2016, kami sekeluarga bersama akak ipar, adik ipar serta anak saudara ke Pulau Pangkor. Kami mengambil keputusan untuk check in ke Anjungan Beach Resort, di Nipah Bay.  Terdorong saya untuk create blog ini kerana beberapa sebab. Pertama nak kongsi pengalaman setelah 10 tahun tidak ke sana! Kali terakhir saya ke Pulau Pangkor adalah pada tahun 2006 bersama isteri (Honeymoon).....Keduanya nak share bab makan-makan kat tepi-tepi pantai  Nipah Bay. Yang ketiga adalah perihal monyet-monyet yang sememangnya sudah berketurunan di Pulau Pangkor ini (Anjungan Beach Resort)! Dan yang terakhir adalah buat mereka yang mungkin belum pernah ke Pulau Pangkor! Siapa kata takde orang yang belum pernah ke Pangkor? Ada dari rakan2 saya yang ada kampung kat Perak tapi belum pernah sekali pun ke Pulau Pangkor! Semoga terbuka pintu hati bila membaca dan melihat gambar2 yang tak seberapa ini, Insyaallah....Amin! hehehe....